Labu Kaya Khasiat

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.
Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.
Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun
Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.
Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.
Apa Warna Diri Anda? (Putih, Pink, Hijau atau Biru?)
Untuk mengetahui apakah warna diri anda, ia perlulah di Diagnos terlebih dahulu, sila Diagnos dgn maner² Doktor atau Pengamal Perubatan Alternatif yg bertauliah. Jangan main sembarang jek bagi org Diagnos diri kita... Bahaya tau... Hehehe...
Ok, dibawah nih ada sedikit sebanyak maklumat & info spesifik tentang Sifat & Perkara² yg berhubung dengan Warna Diri seseorang itu...
1. PUTIH - SPIRITUAL LEVEL
Ayat Al-Quran : Surah Yaasin
Deria Aktif : Telinga (Pendengaran)
Unsur Alam : Angin
Unsur Kimia : Nitrogen
Unsur Islamisasi : Syariat / Hukum
Warna Alam Putih : 10.00 Malam - 12.00 Pagi
Akhlak : Taqwa & Hening
Kelemahan : Kelesuan
Kekuatan : Ilham (Gerakrasa)
Kristal : Intan / Berlian
Warna Alahan : Hitam
Terapi : Dengar muzik frekuensi rendah, Dengar Motivasi
Kegemaran : Pahit (Madu)
Makanan Penawar : Kismis, Kurma / Tamar
Perwatakan : Pendiam, Warak, Rendah diri
Kemahiran : Cepat merasai samada sesuatu perkara itu baik / tidak baik
Pembelajaran : Melalui pendengaran
Penyakit Major : Insomnia, Halusinasi, Alahan, TB, Nyanyuk, Pengsan
Penyakit Minor : Migrain, Sakit Gigi, Mata, Telinga, Mulut, Tengkuk, Demam
Organ Yg Perlu Di Jaga Pineal, Pituitari, Talamus, Hipotalamus, Mendula
Personaliti Negatif : Ego, Keras Hati, Megah, Kebendaan, Suka Memerintah
Personaliti Positif : Otak yg peka, Bijak, Visi, Yakin, Jujur, Kepimpinan
__________________________
2. PINK - EMOSIONAL LEVEL
Ayat Al-Quran : Ayat Kursi
Deria Aktif : Mata (Penglihatan)
Unsur Alam : Api
Unsur Kimia : Oksigen
Unsur Islamisasi : Tariqat / Jalan
Warna Alam Pink : 2.30 Pagi - 3.00 Pagi (Solat Taubat)
Akhlak : Silaturrahim & Sabar
Kelemahan : Bosan
Kekuatan : Idea
Kristal : Delima
Warna Alahan : Hijau
Terapi : Penafasan, Meditasi
Kegemaran : Masin
Makanan Penawar : Vitamin C, Oren, Buah Delima
Perwatakan : Menarik (daya tarikan yg tinggi), Kasih sayang
Kemahiran : Menguasai visual, Membuat rumusan, Penjana idea
Pembelajaran : Melalui penglihatan (visual)
Penyakit Major : Kolestrol, Resdung, Ahmar, Katarak, TB, Lumpuh
Penyakit Minor : Batuk, Sakit Mulut, Tekak, Dada, Kelenjar, Selsema
Organ Yg Perlu Di Jaga : Jantung, Paru-paru
Personaliti Negatif : Melulu, Pemarah, Kebencian, Cemburu, Kedengkian
Personaliti Positif : Terbuka, Kasih syg, Kreatif, Amanah, Matang, Pemurah
__________________________
3. HIJAU - MENTAL LEVEL
Ayat Al-Quran : Surah Al-Fatihah
Deria Aktif : Daya Ingatan
Unsur Alam : Air
Unsur Kimia : Hidrogen
Unsur Islamisasi : Hakikat / Ilmu
Warna Alam Hijau : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari (Solat Dhuha)
Akhlak : Bersedekah & Ikhlas
Kelemahan : Keliru
Kekuatan : Berfikir (Logik / Fakta)
Kristal : Jade
Warna Alahan : Kuning
Terapi : Berpuasa, Verbal (Komunikasi)
Kegemaran : Masam
Makanan Penawar : Sayur-sayuran, Buah-buahan, Zaitun
Perwatakan : Serba Boleh & Bercakap
Kemahiran : Penyelesai masalah, pengumpul data, maklumat, formula
Pembelajaran : Melalui kaedah analisis, fakta, data yg terperinci
Penyakit Major : Diabetis, Hepatitis, B.Pinggang, Batu Karang, Toksin Hati
Penyakit Minor : Migrain, Gastrik, Kulit, Ulser, Keracunan, Loya, Pankreatis
Organ Yg Perlu Di Jaga : Pankreas, Kulit, Hati, Perut, Buah Pinggang, Hempedu
Personaliti Negatif : Malas berfikir, Pelupa, Berkira, Keliru, Suka komen
Personaliti Positif : Pintar, Peramah, Pengingat, Boleh dipercayai, Objektif
__________________________
4. BIRU - FIZIKAL LEVEL
Ayat Al-Quran : Surah Al-Ikhlas
Deria Aktif : Tulang (Pergerakan)
Unsur Alam : Tanah
Unsur Kimia : Karbon
Unsur Islamisasi : Makrifat / Terjadi
Warna Alam Biru : 5.00 Pagi - 7.00 Pagi (Solat Hajat & Solat Subuh)
Akhlak : Syukur & Redha
Kelemahan : Putus Asa
Kekuatan : Praktik (Mesti buat)
Kristal : Nilam
Warna Alahan : Merah
Terapi : Pergerakan, Aktiviti fizikal (bersukan)
Kegemaran : Manis
Makanan Penawar : Sayur-sayuran, Bijirin, Madu, Kurma
Perwatakan : Aktif & Kemas
Kemahiran : Melihat pada praktikal, Perancangan Terperinci
Pembelajaran : Melalui Ulangan,
Penyakit Major : Pereputan Tulang, Gout, Gangguan Darah, Toksin, Saraf
Penyakit Minor : Migrain, sakit buang air, sakit sendi, pundi, sembelit/c.birit
Organ Yg Perlu Di Jaga : Darah, Usus B&K, Tulang/Saraf, Otot, Rangka, Organ seks,
Personaliti Negatif : Pelupa, Putus asa,, Malas, Keras hati, Mementingkan diri
Personaliti Positif : Matang, Intelek, Aktif, Agresif, Tegas, Kemas, Semangat
==========================
Ok, nih adalah sebahagian dari huraian Warna Diri...
Utk mengetahuinya dgn lebih lanjut sila hadir sendiri
bertemu saya utk Diagnosis... Sekian. Thanks for reading...
Artikel oleh Dr Mohd Ayah RoL
Institut Perubatan Komplimentari Islam ®